Tenggiling
Tenggiling adalah haiwan yang bertulang belakang dan kelas
mamalia . Apabila merasakan bahaya , tenggiling akan menggulungkan tubuhnya
sebagai suatu pertahanan dengan menggunakan sisiknya yang kelas . Makanan utama
tenggiling ialah semut dan anai-anai .
Sebagai
mamalia , tenggiling berdarah panas , melahirkan anak , menjaga anak dan
mempunyai bulu di badan . Tenggiling akan menjaga anaknya sehingga mampu
berdikari . Biasanya suka berehat dalam lubang-lubang yang terdapat pada
bahagian akar pokok yang besar dan juga mengorek lubang dalam tanah .
Landak
|
Trichys Atherurus Macrourus |
|
Trichys Fasciculata |
|
Landak Raya |
Landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang unik. Secara amnya, landak mempunyai bulu keras yang meliputi bahagian atas badan
mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat pertahanan landak yang
berkesan. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri
mereka, landak akan mengembangkan bulu keras ini sehinggakan seluruh tubuh
mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras berceracakan. Sesetengah
landak turut mengundurkan diri dengan laju ke arah pemangsa, menyebabkan
durinya tercucuk kepada pemangsa tersebut.Tetapi bukan semua spesis landak
mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut
seperti Trichys lipura di Borneo.
Di hutan Malaysia hanya terdapat tiga spesis landak dari Famili Hystricidea iaitu
spesis Hystrix brachyura (Landak Raya), Trichys fasciculata (Landak Padi) dan
Atherurus macrourus (Landak Nibung).
Kongkang
|
Selain dari nama kongkang, kita juga boleh panggil spesis
ini dengan nama Kera Duku atau nama glamour . Kongkang adalah Nycticebus coucang. Pergerakan dia
sama ada berjalan, memanjat dahan, sangat perlahan ( slow motion gitu). Agaknya
spesies kera yang paling lambat pergerakannya dalam dunia.Kongkang adalah mamalia . Kongkang melahirkan anak, menyusukan anak,
menjaga anaknya.
Mata kongkang besar . Mata yang comel ini sebenarnya mempunyai nilai perubatan
yang tinggi. Itu yang menyebabkan haiwan ini hampir pupus.
Kongkang adalah ‘Nocturnal’.Nocturnal
adalah aktif pada waktu malam. Sebab
itu agaknya mata dia besar kerana senang
nampak pada waktu malam. Ini juga
merupakan tabiat kongkang . Aktif pada waktu malam,tinggal di atas pokok .
Dugong
Dugong atau dugung (Dugong dugon) merupakan
sejenis haiwan laut yang merupakan salah satu
daripada empat spesis Sirenia yang masih hidup selain manatee.
Ia merupakan satu-satunya haiwan yang mewakili keluarga Dugongidae. Dugong adalah satu-satunya
mamalia laut herbivor, memandangkan kesemua spesis manatee menggunakan air
segar ke suatu tahap tertentu.
Dugong sangat bergantung kepada rumpai laut sebagai
sumber makanan, maka taburannya terhad kepada habitat pantai di mana ia
dibesarkan, dengan tumpuan utama dugong lazimnya di kawasan yang luas, cetek
serta terlindung seperti di kawasan teluk dan paya bakau. Muncungnya
menghala ke bawah magi membolehkannya meragut rumpai laut.
Dengan jangka hayat yang panjang sehingga 70 tahun
atau lebih, serta kadar kelahiran yang rendah.
|