Tuesday, December 11, 2012

Mari Kita Mengenali Obor-obor

   

Obor-obor bukanlah merupakan spesis dari ikan, tapi kadang-kala juga terdapat banyak taggapan yang keliru akan obor-obor, ini kerana American Public Aquariumsk telah mempopularkan penggunaan istilah jeli laut (sea jellies) sebagai gantinya.

   Pada umumnya sekelompok atau sekawanan obor-obor ini disebut dengan istilah bloom atau swarm. Obor-obor tidak memiliki sistem pernafasan kerana kulit mereka cukup nipis di samping tubuhnya mampu untuk menghasilkan oksogen melalui difusi.
Obor-obor tidak mempunyai otak atau sistem saraf pusat, akan tetapi obor-obor memiliki jaringan saraf yang longgar, yang terletak di epidermis juga disebut sebagai “jaringan saraf”.

    Obor-obor terdiri daripada lebih dari 90% air. Sebagian besar bahagian payung mereka terdiri daripada agar-agar (jeli) yang disebut mesoglea, yang dikelilingi oleh dua lapisan sel yang membentuk payung (permukaan atas). Sedangkan bagian permukaan bawah tubuhnya dikenal dengan sebutan bel.

      Obor-obor memiliki sistem reproduksi yang unik, iaitu baik yang berjenis kelamin laki-laki mahupun dan perempuan akan melepaskan sperma dan telur ke dalam air sekitarnya, di mana telur yang telah dibuahi dan tumbuh menjadi organisme baru.

     Obor-obor memiliki racun yang boleh membawa maut dan telah menyebabkan setidak-tidaknya 5.568 orang kematian sejak tahun 1954. Setiap tentakel memiliki obor-obor mempunyai sekitar 500.000 harpun sindasites yang berbentuk jarum yang boleh menyuntikkan ke tubuh manusia.


      Spesies obor-obor yang terbesar adalah obor-obor bersurai singa (the Lion's Mane Jellyfish). Obor-obor ini adalah salah satu haiwan yang terpanjang dan terbesar memiliki bel (tubuh) dengan diameter 2.3m (7 kaki 6 inci) dan tentakel mencapai 36.5m (120 kali).

Tuesday, December 4, 2012

Kehamilan Mamalia


Kehamilan gajah adalah 22 bulan (640~660 hari). Berat gajah pada umumnya 120kg dan seekor gajah biasa hidup selama lebih kurang 60~70 tahun.



Kehamilan unta lebih kurang 406 hari.


Kehamilan ikan paus lebih kurang 365 hari.


Baby Horse Picture

Kehamilan kuda lebih kurang 337 hari.


     Kehamilan ikan lumba-lumba lebih kurang 276 hari.


Kehamilan monyet lebih kurang 164 hari.


Kehamilan kambing lebih kurang 151 hari.


Kehamilan singa lebih kurang 108 hari.



Kehamilan kucing lebih kurang 62 hari.



Kehamilan tupai lebih kurang 44 hari.



Kehamilan kanggaru lebih kurang 40 hari.



Kehamilan arnab lebih kurang 30 hari.



Kehamilan hamster lebih kurang 16 hari.



       

Saturday, December 1, 2012

Perbezaan Saiz Telur Burung

   
1. Telur Burung Jarak Suren
Telur jarak suren berwarna biru, berukuran 19.8mm x 27.7mm, dan berjumlah 3~4 butir. Telur dierami bergantian oleh burung jantan dan betinanya. Telur-telur itu akan menetas setelah 14 hari dierami.


    
2. Telur Burung Puyuh
Berat satu butir = 10 gram.


  
3. Telur Ayam Kampung
Beratnya satu butir = 40 gram.


  
4. Telur Ayam Negeri
Beratnya 1 butir = 40~60 gram dengan warna cangkang coklat gelap hingga terang.


   
5. Telur Itik
Berat satu butir = 60~65 gram.


  
6. Telur Angsa
Ukuran rata-rata telur angsa adalah 113mm x 74mm dan beratnya 340 gram sebutir.


  
   
7. Telur Burung Emu
Telur burung emu berwarna hijau gelap, cangkangnya tebal tetapi mudah dikupas. Panjangnya mencapai 134mm dengan berat antara 700~900 gram.


  
8. Telur Burung Unta
Beratnya mencapai 1.4kg dengan panjang 15cm dan lebar 13cm. 20~24 kali berat telur ayam.


  
9.Telur Burung Gajah
Telur terbesar di dunia. Telur tersebut memiliki panjang 32.6cm~39cm dengan berat 12.15kg. Tetapi burung gajah telah pupus.

Tuesday, November 27, 2012

Pembiakan Kuda Laut Yang Aneh


Kuda laut jantan melahirkan anak.


  


KEUNIKAN KUDA LAUT
  Kuda laut termasuk dalam jenis ikan iaitu bernafas menggunakan insang. Ukuran kuda laut ialah sekitar 4 hingga 30 sentimeter dan biasanya tinggal di sepanjang pantai.Kuda laut tidak berenang jauh dan sering menambatkan ekornya pada karang atau celahan batu. Makanan kesukaan kuda laut adalah udang-udang kecil. Kuda laut memiliki mata yang unik. Mata kuda laut boleh melihat dua benda yang berbeza pada waktu yang sama. Tubuhnya indah berwarna-warni (merah, kuning, hijau, dan hitam) namun boleh berubah sesuai dengan banyak dan sedikitnya sinar matahari yang menyinari tubuhnya,bergantung dengan keadaan tubuhnya sendiri. 



CARA BERENANG
  Cara berenang kuda laut juga dipengaruhi oleh sistem yang tertentu. Kuda laut bergerak naik-turun di dalam air dengan cara mengubah isi udara dalam kantung renangnya. Jika kantung renang ini rosak dan kehilangan sedikit udara, kuda laut akan tenggelam ke dasar laut. Kecelakaan yang sedemikian menyebabkan kuda laut mati. Perubahan yang sangat tipis boleh menyebabkan kematian makhluk tersebut. Keseimbangan yang peka ini menunjukkan sesuatu yang sangat penting. Kuda laut dapat bertahan jika keseimbangan ini dijaga.




PEMBIAKAN KUDA LAUT 
  Kuda laut membiak dengan cara yang sangat aneh iaitu bukan induk betinanya yang mengandung tetapi yang jantan yang mengandung. Pipefishes dan kuda laut adalah spesies di dunia binatang yang mengalami “male pregnancy”.Kuda laut jantan memiliki kantung benih yang digunakan untuk menyimpan telur yang diberikan sang betina. Ketika mengawan, mereka saling melilitkan ekor dan sang betina memasukkan tabung panjang yang dinamakan ovipositor ke kantung benih sang jantan. Pada minggu ketiga, satu persatu kuda laut -kuda laut kecil akan lahir. kuda laut jantan memerlukan 30 minit untuk melahirkan anak. Jumlah boleh mencapai 15 hingga 1000 ekor. Hal ini merupakan sesuatu yang jarang terjadi di dalam dunia ikan.