Tuesday, November 27, 2012

Pembiakan Kuda Laut Yang Aneh


Kuda laut jantan melahirkan anak.


  


KEUNIKAN KUDA LAUT
  Kuda laut termasuk dalam jenis ikan iaitu bernafas menggunakan insang. Ukuran kuda laut ialah sekitar 4 hingga 30 sentimeter dan biasanya tinggal di sepanjang pantai.Kuda laut tidak berenang jauh dan sering menambatkan ekornya pada karang atau celahan batu. Makanan kesukaan kuda laut adalah udang-udang kecil. Kuda laut memiliki mata yang unik. Mata kuda laut boleh melihat dua benda yang berbeza pada waktu yang sama. Tubuhnya indah berwarna-warni (merah, kuning, hijau, dan hitam) namun boleh berubah sesuai dengan banyak dan sedikitnya sinar matahari yang menyinari tubuhnya,bergantung dengan keadaan tubuhnya sendiri. 



CARA BERENANG
  Cara berenang kuda laut juga dipengaruhi oleh sistem yang tertentu. Kuda laut bergerak naik-turun di dalam air dengan cara mengubah isi udara dalam kantung renangnya. Jika kantung renang ini rosak dan kehilangan sedikit udara, kuda laut akan tenggelam ke dasar laut. Kecelakaan yang sedemikian menyebabkan kuda laut mati. Perubahan yang sangat tipis boleh menyebabkan kematian makhluk tersebut. Keseimbangan yang peka ini menunjukkan sesuatu yang sangat penting. Kuda laut dapat bertahan jika keseimbangan ini dijaga.




PEMBIAKAN KUDA LAUT 
  Kuda laut membiak dengan cara yang sangat aneh iaitu bukan induk betinanya yang mengandung tetapi yang jantan yang mengandung. Pipefishes dan kuda laut adalah spesies di dunia binatang yang mengalami “male pregnancy”.Kuda laut jantan memiliki kantung benih yang digunakan untuk menyimpan telur yang diberikan sang betina. Ketika mengawan, mereka saling melilitkan ekor dan sang betina memasukkan tabung panjang yang dinamakan ovipositor ke kantung benih sang jantan. Pada minggu ketiga, satu persatu kuda laut -kuda laut kecil akan lahir. kuda laut jantan memerlukan 30 minit untuk melahirkan anak. Jumlah boleh mencapai 15 hingga 1000 ekor. Hal ini merupakan sesuatu yang jarang terjadi di dalam dunia ikan.




24 comments:

  1. Maklumat yang lengkap dan sesuai sebagai ABM dalam P&P.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat!

    ReplyDelete
  3. Oh! Barulah saya tahu kuda jantan yang melahirkan anak.

    ReplyDelete
  4. Gambar menarik, penerangan ringkas tetapi jelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana boleh bersama perkongsian ilmu.

      Delete
  5. maklumat yang teliti dan mudah difahami .

    ReplyDelete
  6. Blog yang cantik. menarik dan berinformatif !

    ReplyDelete