Tuesday, December 11, 2012

Mari Kita Mengenali Obor-obor

   

Obor-obor bukanlah merupakan spesis dari ikan, tapi kadang-kala juga terdapat banyak taggapan yang keliru akan obor-obor, ini kerana American Public Aquariumsk telah mempopularkan penggunaan istilah jeli laut (sea jellies) sebagai gantinya.

   Pada umumnya sekelompok atau sekawanan obor-obor ini disebut dengan istilah bloom atau swarm. Obor-obor tidak memiliki sistem pernafasan kerana kulit mereka cukup nipis di samping tubuhnya mampu untuk menghasilkan oksogen melalui difusi.
Obor-obor tidak mempunyai otak atau sistem saraf pusat, akan tetapi obor-obor memiliki jaringan saraf yang longgar, yang terletak di epidermis juga disebut sebagai “jaringan saraf”.

    Obor-obor terdiri daripada lebih dari 90% air. Sebagian besar bahagian payung mereka terdiri daripada agar-agar (jeli) yang disebut mesoglea, yang dikelilingi oleh dua lapisan sel yang membentuk payung (permukaan atas). Sedangkan bagian permukaan bawah tubuhnya dikenal dengan sebutan bel.

      Obor-obor memiliki sistem reproduksi yang unik, iaitu baik yang berjenis kelamin laki-laki mahupun dan perempuan akan melepaskan sperma dan telur ke dalam air sekitarnya, di mana telur yang telah dibuahi dan tumbuh menjadi organisme baru.

     Obor-obor memiliki racun yang boleh membawa maut dan telah menyebabkan setidak-tidaknya 5.568 orang kematian sejak tahun 1954. Setiap tentakel memiliki obor-obor mempunyai sekitar 500.000 harpun sindasites yang berbentuk jarum yang boleh menyuntikkan ke tubuh manusia.


      Spesies obor-obor yang terbesar adalah obor-obor bersurai singa (the Lion's Mane Jellyfish). Obor-obor ini adalah salah satu haiwan yang terpanjang dan terbesar memiliki bel (tubuh) dengan diameter 2.3m (7 kaki 6 inci) dan tentakel mencapai 36.5m (120 kali).

5 comments: