Friday, November 23, 2012

Haiwan Mamalia Yang Pelik

Tenggiling

  Tenggiling adalah haiwan yang bertulang belakang dan kelas mamalia . Apabila merasakan bahaya , tenggiling akan menggulungkan tubuhnya sebagai suatu pertahanan dengan menggunakan sisiknya yang kelas . Makanan utama tenggiling ialah semut dan anai-anai .
     
   Sebagai mamalia , tenggiling berdarah panas , melahirkan anak , menjaga anak dan mempunyai bulu di badan . Tenggiling akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari . Biasanya suka berehat dalam lubang-lubang yang terdapat pada bahagian akar pokok yang besar dan juga mengorek lubang dalam tanah .


Landak 
  
Trichys Atherurus Macrourus
  
Trichys Fasciculata
Landak Raya


    Landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang unik. Secara amnya, landak mempunyai bulu keras yang meliputi bahagian atas badan mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat pertahanan landak yang berkesan.  Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri mereka, landak akan mengembangkan bulu keras ini sehinggakan seluruh tubuh mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras berceracakan. Sesetengah landak turut mengundurkan diri dengan laju ke arah pemangsa, menyebabkan durinya tercucuk kepada pemangsa tersebut.Tetapi bukan semua spesis landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut seperti Trichys lipura di Borneo.

   Di hutan Malaysia hanya terdapat tiga spesis landak dari Famili Hystricidea iaitu spesis Hystrix brachyura (Landak Raya), Trichys fasciculata (Landak Padi) dan Atherurus macrourus (Landak Nibung).

Kongkang
  Selain dari nama kongkang, kita juga boleh panggil spesis ini dengan nama Kera Duku atau nama glamour . Kongkang  adalah Nycticebus coucang. Pergerakan dia sama ada berjalan, memanjat dahan, sangat  perlahan ( slow motion gitu). Agaknya spesies kera yang paling lambat  pergerakannya dalam dunia.Kongkang adalah mamalia . Kongkang melahirkan anak, menyusukan anak, menjaga anaknya.

  Mata kongkang besar . Mata yang comel ini sebenarnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Itu yang menyebabkan haiwan ini hampir pupus. 

  Kongkang adalah ‘Nocturnal’.Nocturnal  adalah aktif pada  waktu malam. Sebab itu agaknya mata dia besar kerana  senang  nampak pada waktu malam. Ini juga merupakan tabiat kongkang . Aktif pada waktu malam,tinggal di atas pokok .


Dugong




   Dugong atau dugung (Dugong dugon) merupakan sejenis haiwan laut yang merupakan salah satu daripada empat spesis Sirenia yang masih hidup selain manatee. Ia merupakan satu-satunya haiwan yang mewakili keluarga Dugongidae. Dugong adalah satu-satunya mamalia laut herbivor, memandangkan kesemua spesis manatee menggunakan air segar ke suatu tahap tertentu.
     Dugong sangat bergantung kepada rumpai laut sebagai sumber makanan, maka taburannya terhad kepada habitat pantai di mana ia dibesarkan, dengan tumpuan utama dugong lazimnya di kawasan yang luas, cetek serta terlindung seperti di kawasan teluk dan paya bakau. Muncungnya menghala ke bawah magi membolehkannya meragut rumpai laut.
      Dengan jangka hayat yang panjang sehingga 70 tahun atau lebih, serta kadar kelahiran yang rendah.







8 comments: